Menurut nukilan Miss J di Utusan Online semalam, antara perkara yang turut diperkatakan mengenai selebriti tersebut, kononnya mereka menggunakan kaedah tabung uji (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak.
Tidak tahu samada perkara tersebut adalah benar atau tidak, apa-apa pun jika benar, usaha pasangan ini untuk mendapatkan zuriat tidak bercanggah dengan hukum Islam dan juga sistem perundangan negara.
Malah tindakan Yusry dan Lisa yang banyak berahsia mengenai kandungan mereka juga merupakan satu langkah yang bijak.
Apa yang penting, Lisa kena jaga kesihatan kandungan dan mereka tidak perlu layan mulut-mulut yang sentiasa mencari kekurangan insan lain.
Untuk penjelasan sebenar Yusry KRU mengenai isu didakwa guna kaedah tabung uji (IVF) untuk mendapatkan anak, kita nantikan sahaja respon beliau esok, lusa..
0 comments :
Post a Comment